|
|
| Friday, 22-Sep-2006 12:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Otaku Shogakko
|
 |
|
Yatabe Sensei dan Kanak-kanak
|
|
 |
|
Bercakap Bahasa Melayu Asas
|
|
 |
|
Kanak-kanan Mencuba Memakai Sampin, Songkok dan Tudung
|
| | View all 6 photos... |
|
|
Ootaku, September 22, 2006 (Jumaat); Seramai 100 orang murid tahun 3 sekolah rendah di Ootaku, Selatan Tokyo hari ini berpeluang untuk mengenali Malaysia melalui satu program yang dirancangkan oleh pentadbir sekolah. Program ini turut membolehkan pelajar mengenali negara lain seperti Sepanyol, China, Korea dan Australia. Sepatutnya ada penyertaan dari Amerika Syarikat, tetapi dibatalkan pada saat akhir. Penyertaan di bilik Malaysia amatlah menggalakkan kerana pelajar berpeluang mengayakan pakaian melayu seperti memakai sampin, songkok dan tudung, selain dari penyampai iaitu Sensei Yatabe mengenakan baju kebaya dan saya juga Saudara Rusdi mengenakan pakaian baju melayu lengkap.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 21-Sep-2006 10:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tahlil Sembutan Ramadhan
|
 |
|
Ustaz Amin, Iman Masjid Asakusa..mengimami majlis
|
|
 |
|
Putri Sulungku - Mariawardah
|
|
 |
|
Buah Prune
|
| | View all 11 photos... |
|
Ichikawa Ohno, September 21, 2006 (Khamis); Bersamaan 27 Syabaan 1427H, kami sekeluaraga mengadakan majlis sambutan bagi merayakan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Majlis ini juga diadakan bertujuan untuk mengucapkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana telah mempermudahkan segala urusan kami sekeluarga, kesyukuran kepada kejayaan Dr. Hosni Hussen Md. Saat kerana telah berjaya memperolehi ijazah Kedoktoran Falsafah dari Universiti Wasedda pada September 20, dan juga tahlil doa selamat bagi seluruh keluarga kami dan mereka yang bakal berpindah dan juga yang tinggal. Resepi hidangan pada kali ini adalah Nasi Maqlubah.
Maqlubah daripada segi lughah (bahasanya) bermakna terbalik. Hidangan ini amat terkenal bagi penduduk Laventine Arab (Arab Meditrenean) seperti negara Jordan, Palestin dan Syria. Bahan-bahan untuk membuat nasi ini adalah seperti ayam, bawang, bunga kobis, terung, kentang, baharat maqlubah (rempah maqlubah). Hidangan sampingan adalah salad arab, youghurt dan sambal belacan (telah dimelayukan). Bagi membuat baharat maqlubah bahan-bahan seperti serbuk kayu manis, serbuk buah pala, serbuk all-spice (tak tahu apa orang melayu panggil rempah ini) dan bagi yang menyukai pedas serbuk lada hitam dicampurkan ikut citarasa masing-masing.
Ayam, terung, kentang dan bunga kobis yang telah siap dipotong, digoreng separuh masak, kalau nak sedap gunakan minyak zaitun. Selepas itu, tumiskan bawang besar yang dipotong dadu sehingga layu dan kemudian masukkan baharat ke dalam kuali yang sama mengikut keperluan dan jumlah ayam. Goreng hingga rempah masak dan masukkan ayam yang telah digoreng setengah masak tadi untuk digaulkan dengan baharat dan bawang.
Susunkan ayam berempah, sayur yang digoreng di bahagian bawah periuk dan lapiskan dengan beras yang sudah separuh rebus, buat lapisan kedua pula kalau periuk besar dan lapiskan sekali lagi dengan beras sehingga penuh. Isikan air mengikut sukatan beras dan tabur-taburkan kiub stok ayam kedalam periuk dan jerang sehinggaa nasi masak.
Sebagai hidangan sampingan, takkan nak tunggu nasi masak sambil goyang kaki.....potonglah dadu, timun, tomato dan daun pudina untuk dijadikan salad. Youghurt dimakan bersama nasi dan salad. Untuk menampakkan kemelayuan nye..buatlah juga sambal belacan bagi yang suka pedas sebab nasi ini tak pedas...Sebelum makan, ambillah dulang besar dan terlungkupkan periuk nasi tadi, lauk pauk akan tertenggek di atas apabila periuk diterbalikkan...itulah sebabnye di panggil nasi maqlubah...NASI TERBALIK....tapi rakan-rakan di Jepun memanggil masakan ini sebagai NASI ARAB sebab tak dapat nak menyebut maqlubah dengan betul..ja ne.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 19-Sep-2006 12:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Traditional Harajuku
|
|
|
Harajuku, September 18, 2006 (Isnin): Perjalanan pulang dari urusan di Kedutaan tidak diteruskan pulang ke rumah, tetapi Harajuku, Shin Okubo dan Akihabara menjadi destinasi lensa kamera Canonku. Niat asal adalah untuk merakamkan aktiviti remaja lolita di Jepun, tetapi niat dibatalkan kerana hari cuti sempena Hari Veteran tidak begitu menarik remaja lolita berkumpul di Harajuku, mungkin penat berpesta pada hari Ahad masih belum hilang lagi, atau mereka terlibat dengan baito pada hari isnin. Mungkin mereka sahaja yang tahu jawapannya...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 12-Sep-2006 13:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Disney Sea Resort
|
|
|
Maihama, September 12, 2006 (Selasa); Hari ini ramalan cuaca meramalkan hujan sepanjang hari dan kadang-kala mendung. Namun cuaca semalan (Isnin) juga sedemikian, tapi hujan hanya turun pada sebelah awal pagi dan mendung kemudian hari. Kerana ramalan yang sama kami sekelularga dan Ruzdy sekeluarga mengambil keputusan meneruskan niat untuk mengunjungi Tokyo Disney Sea Resort. Hanya satu-satunya di dunia. Sebaik sahaja kami tiba di stesen monorel Disney Sea, rintik halus sepeti debu mula turun perlahan. Rintik halus dan angin mula membesar dan menjadi renyai. Maka berjalanlah juga walaupun hujan turun, terpaksalah berkorban membeli baju hujan dan payung demi mengelakkan rasa kerugian kerana membayar Y5,600 seorang untuk masuk. Mujurlah anak-anak kami berumur bawah 3 tahun, mereka semuanya percuma. Main sepuas hati, malam baru kami pulang setelah anak-anak keletihan. Terima kasih daun keladi kepada Ruzdy...nanti jangan lupa kunjungi kami...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 10-Sep-2006 04:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Budo Gari (Memetik Anggur)
|
|
|
Omachi, September 10, 2006 (Ahad); Sekali lagi warga Malaysia di Wellshan dan CeSoir berkampung iluar rumah, kali ini pula untuk merasai nikmat dan kemanisan budo (Anggur) dengan memetik sendiri di ladang anggur. Ladang yang terletak berdekatan dengan Stesen K'Sei Omachi mengkhendaki pengunjungnya membayar sebanyak Y900 seorang untuk dewasa memasuki dan memetik anggur. Kerana anak-anak kami masih berada dibawah 4 tahun tiada bayaran dikenakan. Ladang anggur ini terletak bersama dengan ladang nashi (pear Jepun) dan Kiwi (Chinese Gooseberry). Anggur yang besar dan masak meranum mengamit perasaan untuk memetiknya, tetapi apabila terlalu banyak memakannya, kemanisan bertukar rasa. Manis dibibir tetapi perit diperut. Anak yang kecil sudah dua hari menahan, selepas menikmati anggur khazanah perut selama dua hari meluncur laju keluar tanpa di paksa-paksa (maaf kenyataan kali ini agak meloyakan - tapi itulah hakikat).
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 9-Sep-2006 01:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mother's Farm
|
|
|
Futtsu-shi, September 9, 2006 (Sabtu); Mother's Farm Jepun (salinan original dari New Zealand) menjadi destinasi kunjungan pada hari ini. Semua ahli keluarga di Wellshan dan CeSoir turut sama dalam program riadah ini. Untuk ke sana perjalanan yang mengambil masa 1 jam 30 minit melalui beberapa bandar di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Boso seperti Ichihara, Sodegaura, Kisarazu, Kimitsu dan Futtsu. Futtsu-shi merupakan destinasi kami di mana terletaknya Mother's Farm versi Jepun. Di sini kami berpeluang menyaksikan berbagai aktiviti di Mother's Farm seperti di New Zealand antaranya aktiviti mengetam bulu biri-biri, menggunakan anjing gembala bagi mengawal kawanan biri-biri, memetik blueberries, menunggang kuda, perbarisan itik dan berbagai-bagai aktiviti sampingan. Walaupun penat melayan karenah anak-anak yang berlari-lari (kerana tempat ini amatlah luas), tetapi tempat yang berunsur pendidikan semacam ini amatlah sesuai untuk menjadi tempat lawatan. Terima kasih kepada Saudara Ruzdy atas pelawaan untuk melancong ke tempat sedemikian.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 31-Aug-2006 09:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ekspedisi Fuji Merdeka
|
 |
|
Anggota Ekspedisi
|
|
 |
|
Puncak yang bakal ditawan
|
|
 |
|
Perjalanan jauh bermula dengan langkah pertama...Stesen 5
|
| | View all 13 photos... |
|
GUNUNG FUJI, JEPUN, 30 Ogos 2006 (Rabu):
Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan kali ke 49 yang begitu hangat disambut ditanahair turut dirayakan oleh seluruh warganegara Malaysia tidak mengira di mana berada. Bagi pelajar Malaysia di Jepun berbagai acara sambutan dibuat secara sendirian bagi mencerminkan kecintaan kepada tanahair. Tetapi bagi mencari kelainan sambutan kemerdekaan Negara kali ke 49, seramai 4 orang pelajar Sarjana berbagai universiti disekitar Wilayah Kanto dan turut disertai oleh Imam Masjid Asakusa, Tokyo telah bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang ditengah-tengah kawah gunung tertinggi di Negara Matahari Terbit, yang turut digelar sebagai Perantara Langit dan Bumi bagi masyarakat Jepun, Gunung Fuji.
Gunung setinggi 3,776 meter dari aras laut, mula didaki oleh kumpulan pendaki yang diketuai oleh Nasaruddin Abdul Mutalib, 38 pelajar Sarjana di Universiti Waseda, Tokyo turut disertai juga oleh Aminuddin Yahaya, 38 (pelajar Sarjana Universiti Waseda), Ruzdi Yahya, 34 (pelajar Sarjana Universiti Meiji), Ustaz Mohd Amin Mohd Tahir, 33 (Imam Masjid Asakusa, Tokyo) dan Mohd. Ghazali A. Manap Al-Johari, 36 (pelajar Universiti Sains Marin dan Teknologi Tokyo) bermula jam 5.05 petang 29 Ogos 2006 dari Stesen Kelima setinggi 2,300 meter dari aras laut. Pendakian sehingga ke puncak sebelum tengah malam terpaksa dihentikan pada jam 12.30 pagi di aras ketinggian 3,200 setelah suhu mencatatkan penurunan ke paras 2C dan angin bertiup agak kencang. Setelah solat subuh pada jam 4.30 pagi, waktu yang ditunggu telah tiba. Gelaran Negara Matahari Terbit sememang berpadanan dengan Negara Jepun, keindahan terbitnya fajar dan matahari dipuncak Gunung Fuji begitu indah dan sangat dinanti oleh setiap pendaki dan jemaah penziarah Shinto.
Pendakian untuk sampai ke puncak yang hanya tinggal 576 meter lagi hanya boleh disambung semula pada jam 9.30 pagi setelah angin kencang berhenti bertiup. Namun cabaran ke puncak bagi mengibarkan Jalur Gemilang sekali lagi menemui kesukaran apabila titisan hujan mula turun dan suhu masih lagi berada pada paras 2C. Namun semangat jiwa merdeka yang mengalir dalam setiap tubuh pendaki menjadi pendorong semangat bagi meneruskan harapan dan cita-cita bagi menyaksikan Jalur Gemilang berkibar megah ditengah kawah gunung Fuji. Sebagai catatan, matlamat pendakian ke Gunung Fuji tidaklah sama seperti pendakian di Gunung Kinabalu (Puncak Low’s – 4,095 meter) yang bermatlamatkan untuk sampai ke puncak tertinggi tetapi pendakian Gunung Fuji adalah untuk berada pada di dalam kawah gunung (Ajaran Shinto mempercayai tempat suci berehatnya segala roh dan dewa). Matlamat kami ke dalam kawah bukanlah untuk mencari roh atau dewa, sekiranya Hinomaru (gelaran untuk bendera Jepun) dan Kimigayo (Lagu kebangsaan Jepun) pernah berkibar megah dan menjadi dendangan wajib di tanahair semasa pendudukan tentera Jepun dari 8 Disember 1941 hingga 14 Ogos 1945, kali ini, pada jam 12.00 tengahari 30 Ogos 2006, giliran Negaraku dan Jalur Gemilang pula menebus kehormatannya ditapak paling suci bagi penganut Shinto. Azan zuhur yang dilaungkan oleh Ustaz Mohd. Amin menjadi penyudah kejayaan Ekspedisi Fuji Merdeka.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 21-Aug-2006 00:51 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hari Kedua Kembara Semenanjung Boso
|
|
Misakimachi, Ogos 21, 2006 (Isnin); Hari ini hari kedua kami mengembara mengelilingi Semananjung Boso. Pagi-pagi lagi sudah bangkit bila dengar ayam berkokok dan diselangi suara mengejutkan dari tidur (Ohaiyo gozaimasu - suara Atoque). Bangun awal terus bersolat subuh di dalam khemah masing-masing dan terus berlari ke pantai sebelum matahari mula terbit. Pemandangan terbit matahari dari horizon Lautan Pasifik amatlah menakjubkan, subahanAllah. Selepas sesi fotografi terbitnya matahari, sesi mengisi perut pula dimulakan dan perjalanan disambung untuk ke Tateyama, dan berhenti rehat untuk makan tengahari di Forest of Imagination, Shakespear Village (inilah masalah orang Jepun yang dah tak tahu identiti sendiri). Depan perkampungan Shakespear ni terdapat taman Rosemary, rumpunan ini merupakan pengganti kepada daun kesum, selasih, serai kepada orang Inggeris. Minyak nya juga digunakan untuk rawatan aromaterapi.
Perjalanan pulang diteruskan lagi. Selepas makan tengahari kembara disambung untuk ke penghujung Semenanjung Boso, hajat dihati telah dipenuhi apabila akhirnya sampai juga di hujung semenanjung. Namun semua sudah keletihan dan mengantuk untuk memanjat rumah api. Kerana mengejar masa, perjalanan diteruskan untuk tiba di pulau Aqualine sebelum matahari terbenam. Kami tiba di Akualine tepat jam 5.20 petang. Tokyo Aqualine adalah lebuhraya yang dibina separuh dipermukaan laut Teluk Tokyo dan separuh lagi berada di dasar laut. Sebuah pulau buatan dibina bagi membolehkan bahaigan jambatan dapat memasuki ke dalam laut. Lebuhraya ini menghubungkan Bandar Kisarazu di Jajahan Chiba dengan Bandar Kawasaki di Jajahan Kanagawa. Tujuan pembinaan lebuhraya ini adalah untuk memindahkan penduduk dari bahagian Barat Teluk Tokyo yang padat seperti Yokohama, Kawasaki dan Tokyo ke Timur Teluk Tokyo yang mempunyai kepadatan rendah. Namun bayaran tol yang mahal Y3,700 untuk sekali perjalanan menyebabkan projek ini mengalami kerugian dan hanya menjadi salah satu tarikan pelancong sahaja.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 20-Aug-2006 15:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Berkhemah di Tepian Pantai Pasifik, Chiba-ken
|
 |
|
Posing Depan Khemah sepelas selamat didirikan.
|
|
 |
|
Bila Dapur Berasap
|
|
 |
|
Ayam mula menjadi hangat
|
| | View all 8 photos... |
|
Misaki Machi, Ogos 20, 2006 (Ahad); Kalau warga Palestin, Lubnan dan mereka yang senasib dengan mereka meninggalkan rumah dan tinggal di dalam khemah perasaan kita bertukar dari gembira kepada sedih dan simpati (pinjam kata Dr. Hardy di Hokkaido), tapi kami pada hari ini meninggalkan rumah secara berombongan seramai 6 keluarga (Sdr. Ruzdy, Sdr. Ghizam Atoque, Sdr. Suhaidi, Sdr. Tan dan Sdr. Daud- selaku ketua perancang dan simpati untuk Saudara Nasa Pokchik kerana terpaksa menarik diri pada saat akhir) bertolak dari Ichikawa-Ono untuk ke Miskimachi untuk berkhemah dan berBBQ untuk semalam. Tujuannya pun adalah untuk mehilangkan lelah dan tekanan dari kesesakan kota Tokyo. Hati bagaikan teruja bila terpandangkan Lautan Pasifik dengan ombak yang bergulung-gulung menyambut kami di Wild Kid Campsite.
Seelah khemah selamat didirikan, acara selanjutnya adalah makan tengahari dan berendam di Lautan Pasifik. Sebak dada mengenangkan akhirnya tercapai juga hajat untuk merasa kemasinan air lautan pasifik yang ganas (hairan juga kenapa lautan ganas dinamakan pasifik; sebab pasifik maknanya adalah tenang / teduh). Acara malam yang gelap (bulan sudah mula mengecil) diisikan dengan aktiviti ber BBQ dan bermain bunga api untuk kanak-kanak.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 20-Aug-2006 15:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pindahnya Jiranku
|
 |
|
Tempat Terbaik untuk Kaum Ibu dan Anak-anak Berposing
|
|
 |
|
Tiga Ketua Keluarga yang tinggal bersama Saudara Asri
|
|
 |
|
Damai, damai...(lagu Anita Sarawak)
|
| | View all 5 photos... |
|
|
Onocho, ICHIKAWA-SHI, Ogos 19, 2006 (Sabtu): Jiran kami selama setahun di Ichikawa-shi, Saudara Asri dan keluarganya hari ini berpindah ke Beppu, Oita-ken bagi memulakan satu episod baru dalam kehidupan mereka. Saudara Asri yang telah terpililh bagi melanjutkan pelajaran dalam peringkat sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan berangkat ke Kyushu dengan menaiki Shinkansen dari Tokyo-eki ke Shin-Osaka Eki dan menukar kenderaaan dari keretapi laju kepada Feri dari pelabuhan Osaka ke Beppu pada hari yang sama.
|
|
|
|
|