Want your
own Fotopage?








 
Syukur Atas Rahmat-Nya, Kami Masih Terus Melangkah

By: Mohammad Ghazali A Manap Al Johari

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Saturday, 30-Dec-2006 07:02 Email | Share | | Bookmark
191 GEIHOKU

Jom...main snow
Angah nak buat snowman tapi x jadi...yuki x melekat
Iman Yasmeen & Hanna Dahlia
View all 9 photos...
Khamis 28 Disember 2006 kami sekeluarga megikuti rombongan pelajar malaysia -Hiroshima ke Geihoku (sempadan antara Hiroshima dan Tottori) untuk main yuki.
Perjalanan bermula jam 6.45 pg dan tiba di sana lebih kurang jam 9.30 pagi. Sepanjang perjalanan kami dihujani salji yg lebat...sangat cantik...rasa tak sabar nak sampai ke destinasi tujuan.

Alhamdulillah...selamat sampai dan kami main bersama anak2 yg melompat kegirangan . Main sampai ptg...jam 6 ptg kami bertolak pulang dan selamat sampai ke kaikan jam 8.45 malam. Syukur perjalanan selamat dari kejadian yg tidak diingini..alhamdulillah....segala puji hanya bagiMu ya Allah.

Wah........sronoknyer........ kami kat sini tak cari yuki lagi , yuki pun segan2 jer nak turun kat sini........ Thu 4-Jan-2007 11:42
Posted by:KakTina  - [Link]
salam..
amboi....bestnyer...
kami kat cni dok le ber ski, ber boat dgn air bah,,,
hgpa dok main2 salji kat sana yek!!
ape nk wat,,,
masak aper rayer ari tu?

ana suker gmbr sefmly yg color cklat tu..comel...
Sun 14-Jan-2007 08:43
Posted by:liana khaulah07@yahoo.com
bestnya main snow.... Fri 26-Jan-2007 00:01
Posted by:mummydanish  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Friday, 15-Dec-2006 00:48 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI LAHIR :MARIA WARDAH & IMAN YASMEEN

kek angah yg umi buat...hehehehe...x cantik pun
Angah dgn kek bday yg kak Ecah buatkan
kek along...bolehlah
View all 18 photos...
HAPPY BIRTHDAY PUTERIKU.

Hari ini kami menyambut hari lahir buat 2 orang puteri kami yang lahir pada 15 dan 18 Disember. Kawan kawan dijemput sama bagi menambahkan lagi seri majlis ini. Syukur Alhamdulillah...majlis berjalan lancar walaupun sambutannye sederhana shj. . Terima kasih kepada kawan2 yang mendoakan kesejahteraan puteri kami...semoga 2 orang puteri ini menjadi insan yang taat akan suruhan Allah S.W.T dan menjadi kebanggaan ibubapa...insyaAllah...ameeennn.

happy besday Maria n Iman...
semoga panjang umur dan sihat selalu
Sat 23-Dec-2006 12:41
Posted by:yana  - [Link]
Happy belated birthday buat Wawa n Angah..Semoga Wawa n Angah menjadi anak yg solehah..Tak dapat la Zahirah n Firdaus makan kek ummi tu.. Sun 24-Dec-2006 11:16
Posted by:Zahirah,Firdaus n Damia
comel tul wawa pakai dress hitam tu..mcm dh besar je na...
anjg mcm penat jek...
gmbr yg last tu ternmpk lak biilik bebudak yg bersepah...
hahahahhaha
tak dan kemas ye mak anjg??
masak aper mase tu?
Sun 14-Jan-2007 09:12
Posted by:liana khaulah07@yahoo.com
View all 8 comments Add comment


Saturday, 2-Dec-2006 07:54 Email | Share | | Bookmark
MIYOSHI RINGO GARI

ALONG DAN RINGO
 
HANNA DAHLIA DAN RINGO
View all 13 photos...
Selepas teman dari Beppu dan Ichikawa pulang, rumah kami sekali lagi dikunjungi oleh tetamu dari Pulau Pinang...Dr. Azila Abullah..kawan suami yang bertugas di Institut Penyelidikan Perikanan, Batu Maung Pulau Pinang kerana menghadiri Seminar Antarabangsa mengenai Penyakit Ikan di Hiroshima International Peace Hall di Hiroshima...selepas tamat seminar kami membawa beliau merasai peluang memetik Epal di Myoshi...bandar di utara Saijo..

amboi2..cik wawa siap berposing dgn payung...MaRia WarDah......abi aina kata dia suka sangat dgn name wawa...name dia padan dgn orgnyer yg nampak bijak,ceria dan islamik...name iman dan hana pun sedap gak cuma name wawa kombinasinye lbih menyerlah.. Wed 13-Dec-2006 16:01
Posted by:ummi aina nurulhuda0309@yahoo.com
Bestkan epal fujii tu...... Thu 14-Dec-2006 09:19
Posted by:Wanzee
sedap tul tgk epal2 tuh!!!
tp agak konpius ni...
nape wawa asyik pakai payung jek ek?
ujan or takut ader burung?
ha...jawab2....

bile la ana nk smpai sana....
Sun 14-Jan-2007 09:32
Posted by:liana khaulah07@yahoo.com
View all 7 comments Add comment


Monday, 27-Nov-2006 09:09 Email | Share | | Bookmark
HiroDai Welcoming Party

Birthday Boy - dah tua dahhh
Hadiah Istimewa dari Umi - Kek Chocolate kegemaran
President - Taizo Muta Sensei
View all 12 photos...
HIROSHIMA, November 27, 2006 (Isnin), Hari ini genap 36 tahun usiaku...secara kebetulan seluruh warga antarabangsa di Hiroshima University diraikan oleh Presiden universiti sempena Majlis Makan Malam meraikan kedatangan warga antarabangsa baru ke Universiti ini. Majlis di adakan di Hotel Grandvia Hiroshima bersebelahan dengan Hiroshima Eki. Meriah lah sesangat. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan sempurna termasuk nyanyian nasyidd puji-pujian yang disampaikan oleh Kumpulan "Raihan" versi Hiroshima. Tetamu turut dihiburkan dengan joget pahang, pun versi Hiroshima....

salaaam...dah lamer x jengok foto2 si kecik yg comel dan pak anjang&mak anjang yg dirindui selalu...anyway...hepi beLateD BesdAy ye anjg..huda&family mendoakan anjang&keluarga sentiasa dlm lindungan,ketenangan,keberkatan dan kasih sayang ALLAH Ta'ala..ameen.....rindu sangaaat kat bebudak kecik nie....klu jepun dgn johor dekat..dah lamer kami ke sane...hehehhh.. Wed 13-Dec-2006 15:27
Posted by:ummi aina nurulhuda0309@yahoo.com
Selamat Menyambut Ulang Tahun. Muda lagi tu.. Keliling coklat tu apa ye.. mango ke.. Oisi so Thu 14-Dec-2006 13:34
Posted by:Li & Mzah Ishigaki Beppu
Add comment


Saturday, 25-Nov-2006 01:43 Email | Share | | Bookmark
Genbaku Dome di Kunjungi Lagi

Maria Wardan dan Yayang
Bersama Dr. Mazni
Gadis Malaya di Hiroshima
View all 10 photos...

Bila pulak giliran kami nak ke sana....ya, masuk dlm list tempat yg mesti dikunjungi.. Tue 28-Nov-2006 00:58
Posted by:sahar+zabar=wani&mimi shrddn@yahoo.com  - [Link]
Terima kasih jua kami panjangkan kepada saudara. Kunjungan kami ke Saijo dan Hiroshima amat bermakna sekali dan satu memori indah sebagai kenangan kami tinggal di Jepun. Thu 30-Nov-2006 22:59
Posted by:atoque  - [Link]
Kepinginnye... nak ke sini... Sun 4-Mar-2007 00:10
Posted by:fitto  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Sunday, 12-Nov-2006 13:46 Email | Share | | Bookmark
Miyajima

Feri ke Miyajima
Dalam Feri
Penyambut Tetamu
View all 11 photos...

InsyaAllah memang teringiiiin sangat nak ke sana ........ Hiroshima dah lama msk dlm list tapi masa tak confirm lagi.......kalau tak sempat momeji, tunggu sakura nanti la kot....... Sat 18-Nov-2006 23:51
Posted by:KakTina  - [Link]
tempat yang indah sekali ....... Tue 21-Nov-2006 20:59
Posted by:yangmazni  - [Link]
wah, tentu syonokkan kat sana tuu...
salam from us
Wed 6-Dec-2006 09:03
Posted by:YANA  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Monday, 6-Nov-2006 12:55 Email | Share | | Bookmark
Daigaku Matsuri - University Festival

Gadis Melayu Terakhir
Umi, Anak dan Kisah Pengoreng Cekodok Pisang
Penjual Lemang Jepun
View all 10 photos...

Care to comment?


Monday, 30-Oct-2006 09:35 Email | Share | | Bookmark
Ramadhan Syawal di Hiroshima

Encik Jasri, Penasihat Pendidikan Kedutaan Malaysia
Ustaz
Penghulu Muslim Hiroshima - Dr. Anuar Omar
View all 21 photos...
Saijo, Hiroshima; Oktober 30, 2006: Sejak akhir-akhir ini, untuk meneruskan sumbangan ke ruangan ini teramatlah payah. Banyak alasan, yang pertama suami teramat sibuk dengan kuliahnya, kedua sibuk melayan anak-anak, ketiga tak ada cerita menarik, dan keempat gambar ditempat menarik (lawatan universiti ke pulau ditengah Japan Inland Sea) suami telah terdelete. Tetapi demi untuk tatapan ayah dan mak serta ahli keluarga di Malaysia dan rakan-rakan, curi-curilah masa untuk membuat kemaskini kepada laman ini.

Semua dirangkumkan dari program Ramadhan, Sambutan Syawal dan Perayaan Aki Matsuri Universiti Hiroshima dalam satu halaman.

Bila sibuk sangat tu, masuk je gambar kat fp ni, takyah cerita pun takpe Fiza, bubuh tajuk je........ Pandai je la akak ni yek...... Mon 6-Nov-2006 07:32
Posted by:KakTina  - [Link]
mana gambar kuruma.... :surprised: Wed 8-Nov-2006 03:16
Posted by:LeeNobe  - [Link]
Dah ade kuruma ya.........datang Beppu ya.....jangan tak datang
p/s Aiskrim tu dah diadun bersama2 ..... tu yg kena simpan kat petiais tu
Mon 13-Nov-2006 09:28
Posted by:kakTina  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Sunday, 8-Oct-2006 12:12 Email | Share | | Bookmark
Hiroshima - Pilu dan Sembilu

Genbaku Dome - Kubah Bom Atom
Genbaku Dome
Tugu Kanak-kanan Sadako
View all 11 photos...
Hiroshima-shi, Oktober 8, 2006 (Ahad); Setelah berjaya menawan puncak dan mencecah kaki ke tempat paling suci bagi masyarakat Jepun, sekali lagi bumi lambang keangkuhan lampau yang runtuh akibat percaturan jahat Yahudi semasa perang Dunia Kedua berjaya diduduki. Kami sekeluarga telah selamat pindah ke Hiroshima pada Oktober 1, 2006. Bagi membuktikan kami sememangnya sampai di bumi Hiroshima, inilah sebahagian buktinya. Kubah Bom Atom menjadi saksi, kami sekeluarga telah menetap di Hiroshima, insyaAllah untuk 2 tahun yang seterusnya. Hiroshima yang kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu bermakna Pulau Besar. Tapi pulau besar ni berada di daratan Pulau Besar Honshu bukan macam Pulau Besar Melaka tu.

Pulau Besar Jepun ini mempunyai kaitan secara langsung dengan kesengsaraan akibat daripada jatuhnya Little Boy oleh Enola Gay pada 8.15 pagi Ogos 26, 1945. Kejatuhan Hiroshima menamatkan Perang Dunia Kedua apabila sekutu rapat Jerman menyerah kalah tanpa syarat kepada Perjanjian Potsdam. Namun penamatan perang bukanlah tamatnya kesengsaraan. Derita selepas gugurnya bom atom lebih perit lagi, kanak-kanak menjadi mangsanya.

Sadako Sasaki antaraa kanak-kanak yang mengalami trauma selepas letupan berkenaan. Beliau mengalami penyakit kulit yang tidak mempunyai peluang untuk pulih dan kesihatannya merosot dari hari ke hari. Beliau tidak mengetahui yang harapan untuk pulih seperti biasa sudah tiada, hanya maut sahaja yang perlu dinanti. Ibu yang tidak mahu melihat anaknya patah semangat menyeru supaya Sadako-chan meneruskan melipat oragami bangau sebanyak 1,000 keping supaya bangau berkenaan akan terbang membawa doanya ke pada tuhan. Tidak sampai 1,000 keping diselesaikan, Sadako-chan telah pergi terlebih dahulu. Bagi menyampaikan doa dan kesejateraan sebuah tugu dan dipenuhi dengan origami bangau telah dibangunkan.

Sogan sebonarnye....itulah jadinye kalau mengaji tak khatam....murid meninggalkan sensei, kat sini sensei tak ada nak minta nasihat..sensei tinggal kat Ichikawa-ono, jadi minta maaflah gambo tu tak sharp...nanti kalau dah pandai masukkan gambar yang cantik2 pulak.. Mon 23-Oct-2006 07:50
Posted by:Ghazali Manap Al-Johari
Selamat Menyambut Eidul Fitr 1427. Maaf Zahir dan Batin. Sun 29-Oct-2006 14:15
Posted by:WanZee
selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin Mon 30-Oct-2006 00:05
Posted by:LeeNobe  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Saturday, 30-Sep-2006 01:39 Email | Share | | Bookmark
Perjalanan ke Selatan Honshu

Thomas Train
Fuji Sen Train
Stesen Tasik Muara Sungai (Kawaguchiko-eki)
View all 11 photos...
Wilayah Kanto, September 29, 2006 (Jumaat); Bersamaan dengan 6 Ramadhan 1427 merupakan detik-detik akhir kami sebagai penghuni Wilayah Kanto yang terkenal dengan kosmopolitannya. Detik akhir sebelum berangkat ke selatan tidak dipersiakan untuk perjalanan riadah bersama keluarga di kaki Gunung Fuji. Malangnya, ramalan cuaca yang 90% ketepatannya, sememangnya menjadi kenyataan. Gunung yang menjadi tapak suci penganut Shinto kelabu diselaputi awan. Hajat hati untuk berbuka puasa di Restoran Hajah Fatimah tidak kesampaian kerana perjalanan yang memakan masa yang terlalu panjang dan meletihkan.

Perjalanan keesokkannya merupakan sekali lagi cabaran buat kami, terima kasih daun keladi kepada Haji Idris kerana kesudian menghantar kami ke Stesen Ichikawa-ono. Perjalanan dengan Shinkansen sejauh 894.2km selama 246 minit dari Tokyo ke Hiroshima tidaklah memenatkan, kerana anak-anak berumur bawah 3 tahun, hanya ibubapa sahaja yang perlu membayar Y18,000 seorang untuk satu tempat duduk. Oleh kerana kami menaiki non-reserved seat coach dua tempat duduk telahberkembang menjadi lima tempat duduk. Nihonjin tak nak duduk bersebelah dengan family travellers - bising gamaknye. Jadi merdeka betullah...

p/s: kat sini x ramai mcm kat bepphu,kami ada 50 orang semua termasuk yg berkeluarga. Bila K.Tina nak mai sini? lama sudah muzium bom atom menunggu Fri 13-Oct-2006 09:46
Posted by:ummu wardah radz70@yahoo.com  - [Link]
salam perkenalan jua .....
mesti menarik kehidupan di tempat baru . mcm kami juga ....Alhamdulillah , penghijrahan membawa rahmat ......
Sat 14-Oct-2006 00:49
Posted by:me
nak pulak si Hana berposing yea....selamat menempuh suasana baru..... Tue 17-Oct-2006 11:24
Posted by:deena  - [Link]
View all 7 comments Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.